Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Chacha

Chacha Maembong Kongsi Resepi Cupcake Kegemarannya!

Ahmad Shah 28/12/2015 | 04:14 MYT

Meskipun sibuk dengan aktiviti seni, membuat kek adalah hobi pelakon Chacha Maembong yang selalu dilakukan di rumah.

Tidak pernah menghadiri mana-mana kelas, Chacha hanya belajar membuat kek menerusi tontonan video di laman sosial YouTube sahaja.
Malah menerusi program realiti keluarga The House episod 9, Chacha bersungguh-sungguh menunjukan bakatnya membuat‘cupcake’.
Dalam episod tersebut Chacha telah menawarkan diri untuk membuat ‘cupcake’ istimewa untuk sebuah majlis meraikan keluarga besarnya yang mengunjungi kediamannya bersama Emma dan Yaya di dalam The House.
Berikut resepi cupcake yang dikongsi khas buat penonton The House:
Bahan- bahan:

3/4 cawan butter (6oz) - suhu bilik

3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 3/4 cawan gula kastor
3 sudu kecil vanilla
1 1/4 cawan susu
2 1/2 sudu kecil baking powder

Cara Membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170C.
1) Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
2) Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar
3) Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
4) Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
5) Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

#Emma #Chacha #TheHouseMY #Yaya
;