Alamak! Pengarah Penthouse Ambil Keputusan Tinggalkan SBS
Pengarah produksi (PD) drama hit The Penthouse, Joo Dong Min mengambil keputusan untuk meninggalkan SBS.
Berita itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak SBS kepada media.
Menurut SBS, Dong Min telah mengundurkan diri dari Studio S, iaitu anak syarikat SBS 31 Mei 2021.
"Memang benar bahawa PD Joo Dong Min telah meninggalkan Studio S. Bagaimanapun dia akan terus mengarahkan drama The Penthouse sebagai freelancer,” maklumnya.
Studio S juga memaklumkan Dong Min akan terus bersama mereka sepanjang Penthouse musim 3 sehingga siri tersebut tamat seperti yang dirancang.
Untuk info, Dong Min telah bersama dengan SBS sejak tahun 2004 dan antara naskah yang dihasilkan adalah Sunlight Pours Down, Birth Secret, Return dan The Last Empress.
Penthouse musim ketiga akan bermula pada 4 Jun, jam 10 malam (KST).
Menjelang tayangan perdana, SBS akan menayangkan episod khas berjudul Hidden Room: The Beginning of The End pada 2 Jun.
Untuk tayangan di Malaysia, Penthouse 3 akan bermula pada 5 Jun, jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393).