Covid-19

“Antara Sebab Utama Cepat Sembuh…” - Vaksin Penyelamat, Arjun Rampal Pulih COVID-19

Mya Amri
24/04/2021
11:30 MYT
Sponsor Banner
“Antara Sebab Utama Cepat Sembuh…” - Vaksin Penyelamat, Arjun Rampal Pulih COVID-19
Pelakon Bollywood, Arjun Rampal kini sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19.
Berita itu dimaklumkan Arjun menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Arjun, ujian terbaharu COVID-19 menunjukkan keputusan negatif.
“Saya rasa sangat bersyukur dan dirahmati kerana kedua-dua ujian yang saya jalani menunjukkan keputusan negatif, terima kasih Tuhan,” maklumnya.
Kongsinya Arjun lagi, salah satu sebab yang menyebabkan kesembuhannya adalah kerana dia telah mengambil dos vaksin yang pertama sebelum ini.
“Saya dimaklumkan oleh doktor, salah satu penyebab utama cepat sembuh adalah kerana saya telah mengambil dos vaksin yang pertama.
“Ia telah menyebabkan virus itu tidak dapat bergerak aktif di dalam badan dan tiada gejala.
“Saya juga berharap agar orang ramai mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin dan teruskan menjaga keselamatan diri. Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda,” coretnya.
Sebelum ini, Arjun telah memaklumkan dirinya dijangkiti COVID -19 pada 19 April lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar