Covid-19

Bapa Mentua Positif COVID-19, Nizam Laksamana Buat Saringan

Amri Hassan
31/03/2020
11:08 MYT
Sponsor Banner
Bapa Mentua Positif COVID-19, Nizam Laksamana Buat Saringan
Bintang Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Nizam Laksamana mengambil langkah proaktif untuk membuat ujian saringan COVID-19 di Pusat Komuniti Batu Muda pada Selasa.
Hal itu jelas Nizam ekoran dia sekeluarga mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 iaitu bapa mentuanya sendiri.
"Pagi ini pukul 10 saya, isteri dan dua anak perempuan membuat saringan COVID-19.
"Ini kerana kami ialah casual contact kepada bapa mentua saya yang positif COVID-19," tulis Nizam menerusi akaun Facebooknya.
Nizam sekeluarga bertemu bapa mentuanya di kampung sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac lalu.
"Sehari sebelum perintah PKP saya ada berjumpa dengan mentua di kampung. Kami reda dan akan mengikut arahan pihak berwajib.
"Bapa mentua saya sudah dimasukkan ke wad semalam.
"Kami tak ingkar kerana kami tahu tanggungjawab kami untuk kesejahteraan rakyat lain," tambah Nizam.
Difahamkan, bapa mentua Nizam merupakan kontak rapat dengan imam di surau kampung berkenaan dan imam itu pula adalah kontak rapat dengan salah seorang jemaah yang mengikuti perhimpunan Tabligh di Sri Petaling.
Dalam masa sama, ibu mentuanya kini sedang menjalani proses kuarantin di kampung.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar