Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Covid-19

Bekalan Oksigen Hampir Habis, Angka Jangkitan COVID-19 Lumpuhkan Sistem Kesihatan Di Myammar

Awani 09/08/2021 | 00:30 MYT
Gelombang ketiga jangkitan COVID-19 telah melumpuhkan sistem kesihatan negara Myanmar.
Difahamkan tempat membakar mayat juga semakin sesak dengan jumlah kematian yang semakin meningkat.
Julai merupakan bulan terburuk bagi Myanmar apabila mencatatkan 50 peratus daripada 11,500 kematian adalah berkaitan dengan COVID-19.
Lebih memburukkan keadaan lagi apabila rakyat dan aktivis hak asasi manusia mendakwa junta tentera Myanmar menggunakan alasan COVID-19 untuk terus memegang kuasa.
Bekalan oksigen perubatan juga dilaporkan hampir habis, dan junta tentera mengawal pembelian peribadi tangki oksigen di kebanyakan tempat.
Dakwaan secara meluas menyebut stok oksigen hanya diberikan kepada penyokong junta dan hospital yang dikendalikan oleh tentera.
Pada waktu sama, petugas perubatan yang menentang pemerintah menjadi sasaran junta tentera dan dipantau oleh Majlis Pentadbiran Negeri.
Myanmar mencatatkan 300,000 jangkitan COVID-19, lebih banyak dari Indonesia dan Malaysia bagi angka kematian per kapita di Asia Tenggara.
Angka yang dicatatkan di Myanmar dianggap jumlah yang drastik kerana kurangnya saringan dan pelaporan kes.
#COVID-19 #Myanmar #Angka Jangkitan #Bekalan Oksigen #Sistem Kesihatan Lumpuh
;