Covid-19

Bimbang Dijangkiti COVID-19, Pegawai Bank Ini Guna Seterika ‘Bunuh’ Virus

Hanafis Haris
07/04/2020
09:33 MYT
Sponsor Banner
Bimbang Dijangkiti COVID-19, Pegawai Bank Ini Guna Seterika ‘Bunuh’ Virus
Ketika dunia berdepan dengan krisis COVID-19 ini, pelbagai kaedah dan cara dilakukan bagi membasmi virus berkenaan.
Jika sebelum ini ada yang membasuh sayur menggunakan sabun di dalam tab mandian, lain pula kisah seorang pegawai bank di India ini.
Pegawai yang bekerja di Bank of Baroda menggunakan seterika bagi membasmi kuman pada cek yang diterima daripada pelanggan.
Video rutin pegawai berkenaan telah viral di media sosial apabila dimuat baik seorang pengguna Twitter Anand Mahindra.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kakitangan bank memakai penutup hidung dan mulut dan sarung tangan mengambil cek menggunakan penyepit.
Cek yang diambil itu terus diletakkan di atas meja sebelum ditekap dengan seterika. Pelbagai reaksi diterima daripada warganet, namun rata-rata mereka meragui keberkesanan kaedah tersebut.
Untuk rekod, India sehingga kini telah mencatatkan 3,588 kes jangkitan COVID-19 dengan 99 kematian.
Sumber: Truescoopnews/twitter
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar