Covid-19
COVID-19: Catat Rekod Baharu Kes Tertinggi Dengan 21,668 Kes, Ada Yang Cadang Malaysia Darurat
Kes harian COVID-19 mencatatkan kenaikan apabila merekodkan 21,668 kes dalam tempoh 24 jam, angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1.34 juta jangkitan di Malaysia.
Beliau memaklumkan tujuh negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kedah Sabah dan Sarawak melepasi empat angka dengan Selangor kekal menyumbang angka tertinggi dengan 6,278.
"Sementara Kuala Lumpur merekodkan 2,436 kes, Johor (1,706), Sabah (2,052), Sarawak (1,216), Kedah (2,143) dan Pulau Pinang (1,229)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.Sehingga 12 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 21,668 kes (1,342,215 kes).Pecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor - 6,278 (491,292)WPKL - 2,436 (148,846)Johor - 1,706 (106,427)Sabah - 2,052 (100,031)Sarawak - 1,216 (84,603)Negeri Sembilan - 899 (82,470)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 12, 2021
Dalam pada itu, media sosial sudah mula sudah dibanjiri dengan komen-komen yang meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes saban hari. Ada dalam kalangan netizen berpendapat negara sudah boleh melaksanakan langkah darurat bagi mengekang jangkitan kes yang semakin tidak dapat dibendung ini.
Must-Watch Video