Covid-19

Diana Danielle Bantah Salon Rambut Dibuka - "Kalau Kat Hospital Pun Orang Bergejala Tak Jujur, Ini Kan Pula Nak Bagitau Abang Barber!”

Zulaikha Yusof
13/04/2020
05:01 MYT
Sponsor Banner
Diana Danielle Bantah Salon Rambut Dibuka - "Kalau Kat Hospital Pun Orang Bergejala Tak Jujur, Ini Kan Pula Nak Bagitau Abang Barber!”
Pelakon Datin Diana Danielle tidak bersetuju sekiranya salon rambut dibuka ketika wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya.
Menurut Diana, sekiranya diberi kelonggaran untuk beroperasi, ia akan mewujudkan kluster baharu berpunca daripada perkhidmatan berkenaan.
"Bukalah nail spa sekali, potong kuku potong rambut kan best! Buat sementara waktu ni gunting rambut ni trim je la sikit-sikit kat rumah.
"Senget benget pun paling-paling orang luar abang Grabfood je yang nampak, habis PKP mintak la ane tu potong macam Beckham ke Ronaldo ke gorila ke buat la.
"Kalau tak nak kluster lain daripada salon rambut tak payah buka. Lagi satu hal nak urus tukang gunting rambut dan salon.
"Tak ingat lagi ke Koronavirus ni ramai sangat yang asymptomatic, mereka tiada simptom, batuk selesema semua takda.. sihat dan kuat tapi mereka ni silent killers.
"Kerana mereka tak bergejala mereka tak tahu pun mereka ni positif! Jadi dia pun main pass pass virus tu ke orang lain, dan sebab tu la saya rasa it wont work," tulisnya.
Pendapat itu disuarakan menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Tambah isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil ini, peralatan yang digunakan akan dikongsi dengan ramai orang dan perkara terbabit boleh menjadi penyebab virus tersebar.
"Lepas tu gunting dan shaver yang abang barber guna tu dia kongsi dengan semua orang. Kalau sehari 50 pelanggan, seminggu gunting tu dah berjasa untuk 350 orang yang mungkin bergejala. Hik hik, berani ke kongsi tempat duduk gunting towel semua tuhhh?
"Ini membuka ruang untuk kes kluster lain.. Kalau kat hospital pun org bergejala tak jujur, ni kan nak bagitau abang barber tu!
"Nanti kita kena dengar berita perlu tambah dua minggu lagi kemudian empat minggu kemudian enam minggu disebabkan sesetengah orang kena gunting rambut," tulisnya lagi.
Buka lah nailspa sekali, potong kuku potong rambut.. kan best! ? Buat sementara waktu ni gunting2 rambut ni trim je la sikit2 kat rumah. Senget benget pun paling2 org luar abg grabfood je yg nampak, habis PKP mintak la ane tu potong mcm beckham ke ronaldo ke gorila ke buat la. Kalau tak nak another cluster from a hair salon TAK PAYAH BUKAK. Lagi satu HAL nak manage barbers and salons. Tak ingat lagi ke corona virus ni ramai sgt yg asymptomatic - mereka tiada symptoms, batuk selesema semua takde sihat dan kuat - tapi mereka ni silent killers - kerana mereka tak bergejala mereka tak tahu pun mereka ni positive! So dia pun main pass pass virus tu ke orang lain, dan sebab tu la saya rasa it wont work. Lepas tu gunting dan shaver yg abang barber guna tu dia share dgn semua org. Kalau sehari 50 customers, seminggu gunting tu dah berjasa utk 350 orang yg mungkin bergejala hik hik, berani ke share share tempat duduk gunting towel semua tuhhh?. . You’re opening the society up for another cluster case and then what? Kalau kat hospital pun org bergejala tak jujur, ni kan nak bagitau abang barber tu “Um encik saya (batuk) bergejala kotzzzz” ?. Then we’ll have to hear the news that we will need to extend 2 more weeks then 4 then 6 weeks then we all starve cause some of us need to cut some hair ?
A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Terdahulu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya projek pembinaan, industri automotif dan industri terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa fasa tiga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan juga mengumumkan PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April depan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar