Covid-19

Gara-Gara Wabak Covid-19, Wany Hasrita Terpaksa Lupakan Hasrat Ke Maldives Dengan....

ZULHILMI JALIL
10/05/2020
05:45 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Wabak Covid-19, Wany Hasrita Terpaksa Lupakan Hasrat Ke Maldives Dengan....
Penyanyi Wany Hasrita terpaksa melupakan hasratnya untuk pergi bercuti bersama-sama rakan artis ke Maldives berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Menurut Wany, mengikut perancangan dia sepatutnya bercuti bersama-sama penyanyi Nabila Razali dan Amira Othman.
"Rancang sebenarnya dari tahun lepas lagi. Masa tu kami rasa kena pergi bercuti sekejap daripada kesibukan kerja.
"Sepatutnya saya, Nabila dan Amira pergi ke Maldives Mac lalu. Tapi itulah, terpaksalah tangguhkan dulu sebab kerajaan umumkan PKP.
"Lagipun kita kenalah utamakan menjaga kesihatan terlebih dulu," katanya kepada Gempak.
Menurut Wany, biarpun begitu, dia reda dengan ketentuan takdir biarpun segala persiapan sudah dibuat.
"Semua dah ada, dan sedia, tinggal nak pergi sahaja, tapi itulah terpaksa tangguh nampaknya.
"Jadi, duduk di rumah sahajalah dan selesaikan kerja-kerja lain," katanya.
Menurut Wany lagi, dia memilih destinasi Maldives untuk bercuti kerana dirinya seorang yang gemarkan pantai.
"Orang kalau tanya saya nak pergi mana, saya memang akan cakap nak ke pantai. Saya suka pantai.
"Insya-Allah, harapnya boleh tertunai hajat ke sana selepas tamat PKP nanti," ceritanya yang kini tampil dengan single baharu berjudul Canggung.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Wany Hasrita di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar