Covid-19

Juruteknik Mesin ATM Pesan 'Sanitize' Tangan Saja Sebelum & Selepas Keluarkan Duit - "Bukan Mesin Tu Yang Kena Sembur"

Zulaikha Yusof
19/04/2020
23:24 MYT
Sponsor Banner
Juruteknik Mesin ATM Pesan 'Sanitize' Tangan Saja Sebelum & Selepas Keluarkan Duit - "Bukan Mesin Tu Yang  Kena Sembur"
Sepanjang penularan wabak Covid-19, boleh dikatakan hampir semua orang berubah menjadi seorang yang mementingkan kebersihan dan keselamatan.
Namun, disebabkan kebimbangan yang melampau tanpa disedari telah menyusahkan pihak lain.
Seorang pengguna yang bernama Ishak Abu Jamin mendedahkan keluhan rakannya yang bekerja sebagai juruteknik ATM (automated teller machine) di laman Facebook miliknya.
Kata Ishak, rakannya mengadu sikap netizen yang suka menyembur 'hand sanitizer' di bahagian skrin ATM dan pad kekunci (keypad).
"Member kerja baiki ATM mengeluh, netizen ni rajin sangat sampai 'sanitize' skrin ATM dengan pad kekunci (keypad).
"Korang tak payah buat rajin 'sanitize' skrin ATM woi. Susahkan pengguna lain nak guna dah rosak pulak," tulisnya.
Dalam pada itu, Ishak turut mengingatkan semua pihak supaya hanya 'sanitize' tangan sebelum dan selepas menggunakan mesin juruwang automatik (ATM).
"Cuma perlu 'sanitize' tangan korang sebelum dan selepas guna ATM mesin. Bukan mesin tu korang sembur. Aduh," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan tersebut yang telah mendapat 3,000 perkongsian dan 660 tanda suka.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar