Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Covid-19

"Masa Live, Dia Ke Tepi Sambil Lap Air Mata.." – Sayu! Kucaimars Tunai Hasrat Pesakit Covid-19 'Cover' Lagu Titip Rindu Buat Ayah

Zulaikha Yusof 07/04/2020 | 06:17 MYT
Penyanyi Kucaimars, 23, akui tergamam selepas mengetahui bapa salah seorang peminatnya, Talha Taufiq meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19.
Pada malam Ahad lalu, Kucaimars telah membuat live secara rawak di Instagram dan salah seorang peminat yang menyertai sesi live terbabit adalah Talha yang juga kini sedang dirawat kerana positif Covid-19.
"Saya terkejut bila dapat tahu ayah Talha sudah meninggal dunia. Allahuakbar.
"Sebelum ini memang Talha nak live dengan saya tapi tak dapat. Dan dia juga memang nak saya 'cover' lagu yang dia minat.
"Sebab dia rindu dengan arwah ayah. Setiap hari Talha akan dengar lagu yang sama bagi mengubati rasa rindu itu.
"Masa mula-mula dia suruh nyanyi, saya tak tahu lagu tu. Tapi saya cakap akan 'study' dulu macam mana.
"Saya perasan juga masa live Talha ke bahagian tepi kamera sambil lap air mata. Saya cuba ubah suasana dengan beri kata-kata semangat.
"Saya cakap kita lelaki kena kuat dan sentiasa ingat kepada Allah,” katanya ketika dihubungi Gempak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah pelantun lagu Jawab ini, dia sudah pun menunaikan permintaan Talha yang menginginkan dirinya menyanyikan lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian asal Ebiet G. Ade.
"Malam tu juga saya dengar lagu tu berulang kali. Dah selesai buat 'cover' di rumah, saya kongsikan di akaun YouTube saya.
"Talha ada mesej saya ucapkan terima kasih kerana tunaikan permintaan dia. Dalam masa yang sama, saya juga berasa gembira kerana dapat bantu membahagiakan orang lain," katanya lagi.
#Kucaimars #COVID-19 #Talha
;