Covid-19
#MyHero: "Kasi Sengat Tebuan Batik!" - Abang Askar Dah Masuk Hutan Kawal Sempadan Negara
Tatkala kita selesa duduk di rumah, sedarlah ada insan lain yang bergadai nikmat itu demi menjaga kita semua.
Angkatan Tentera Malaysia misalnya dilihat sudah bersiap siaga masuk ke hutan demi memperketatkan kawalan keselamatan sempadan negara bagi mengekang kemasukan warga asing menerusi laluan tikus.
Menerusi laman sosial media rasmi Facebook Rejimen Keempat Kor Armor Diraja, anggotanya sudah dikerahkan untuk mengawal sempadan Sarawak-Indonesia susulan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) Fasa 3 yang bermula 15 hingga 28 April.
Op Penawar yang diteruskan itu merupakan kerjasama antara pihak ATM dan PDRM (PGA).
Selain mengawal sempadan, Op Penawar juga dilakukan demi mengelakan penularan wabak Covid-19.
"Kerjasama ini diharap dapat membendung rantaian penyebaran wabak ini dari terus menular di samping memperkukuhkan lagi keselamatan negara," tulis akaun Facebook terbabit.
Pengorbanan perajurit negara itu mendapat perhatian warganet yang melayangkan doa dan harapan tanpa jemu.
"Terima kasih PDRM dan ATM sanggup berpanas berhujan demi rakyat Malaysia," tulis Azlan Akhma.
"Terbaik ATM PDRM, kasi sengat sang saka biru dan tebuan batik," tambah Paganihuayra Huayra.
"Terima kasih semua membolehkan kami tidur lena. Terima kasih sekali lagi. SALUTE," tulis Azman Atan.
"Bertugaslah wahai panglima panglimaku. Semoga anda semua dilindungi Allah dan di berkati-Nya," doa Jamil Ismail.
Memetik laporan terkini, seramai 6,900 anggota tentera darat digerakkan dalam Ops Penawar berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi penugasan sekatan jalan raya serta rondaan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Anda memang hero! Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan wira-wira negara.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!