Covid-19

Netizen Doa Janna Nick Dijangkiti Covid-19 Selepas Tersasul Cakap 'Bagus Ada Public Figure Dijangkiti Corona Virus'

Amri Hassan
12/04/2020
23:15 MYT
Sponsor Banner
Netizen Doa Janna Nick Dijangkiti Covid-19 Selepas Tersasul Cakap 'Bagus Ada Public Figure Dijangkiti Corona Virus'
Pengacara Janna Nick membuat permohonan maaf terbuka apabila tersalah memilih perkataan ketika siaran langsung rancangan hiburan Melodi pada Ahad.
Akui Janna, dia sepatutnya menggunakan perkataan lain yang lebih sesuai untuk menyampaikan maksud sebenar kepada penonton.
"Minta maaf, saya orang baru dalam bidang pengacaraan. Ayat yang patut diubah ialah perkataan 'bagus' tu.
"Perkataan sepatutnya ialah 'sekurang-kurangnya' apabila ada public figure terkena Corona Virus supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan creat awareness betapa bahayanya virus ini.
"Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan," katanya pada penghujung siaran langsung rancangan itu.
Janna pada mulanya mengulas mengenai keadaan pelakon Puteri Aishah yang dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19 minggu lepas.
BACA: Puteri Aishah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Scotland
Namun, pemilihan perkataannya tidak bersesuaian dan dilihat kurang sensitif ketika dunia berdepan dengan situasi semasa kini.
Kata Janna;"Bagus juga jika ada public figure yang dijangkiti corona ni, boleh sebarkan kesedaran dan keadaan duduk dalam hospital tu."
Ekoran itu, ramai penonton yang meluahkan rasa kecewa terhadap pengacara itu di laman sosial Twitter hingga ada yang mendoakan Janna dijangkiti wabak itu.
Selepas insiden berkenaan, pengacara bersama Awal Ashaari mengakui Janna sebenarnya ingin menyampaikan mesej berbeza kepada penonton.
"Tadi tu salah pentafsiran, kalau sesama kita membawang saya fahamlah.
"Tapi maksud Janna orang kena Corona Virus ni boleh berkongsi pengalaman mereka supaya kita tahu betapa seriusnya wabak ini.
"Itu maksud Janna. Jadi, Janna pun sudah minta maaf, kita bolehlah drop topik ini," tambah Awal.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar