Covid-19
Temubual Kerusi Kosong, Najwa Shihab; "Ini Bukan Idea Baharu"
Pengacara terkenal Indonesia, Najwa Shihab menjadi trending setelah memuat naik aksinya yang menjalankan temubual bersama kerusi kosong dalam program miliknya, Mata Najwa.
Dalam episod terbaharu itu, Najwa sepatutnya menemubual Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto dengan tema Mata Najwa Edisi Menanti Terawan.
Meski demikian, sejak kes Covid 19 sudah mula tidak terbendung di Indonesia, 'Pak Menteri' sudah tidak banyak muncul dalam mana mana temu bual.
Jadi Najwa mendapat idea untuk melakukan temubual secara monolog bersama kerusi dan melontarkan pertanyaan yang ingin diketahui kepada 'Pak Menteri'.
Antara molonog yang dilontarkan adalah rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana negara sedang menanggani masalah Covid 19 yang cukup berleluasa di Indonesia.
Setelah mendapat pelbagai respons, Najwa lewat muat naik terbaharu di akaun Instagramnya, @najwashihab menjelaskan tindakannya melakukan konsep temubual kerusi kosong.
Najwa mengatakan mungkin hal yang dilakukan ini baharu di Indonesia sehingga mengejutkan banyak orang.
"Namun, sejujurnya, ini bukan idea baharu. Di negara dengan tradisi demokrasi dan debat yang lebih panjang dan kuat, misalnya Amerika Syarikat, menghadirkan bangku kosong sudah biasa," kata Najwa sekitar 17 jam lepas.
Dia juga menjelaskan temubual bersama kerusi kosong yang dilakukan pada dasarnya bukan sebuah temubual.
"Pada dasarnya saya tidak sedang melakukan temubual, saya hanya sedang mengajukan pertanyaan. Pertanyaan, kan, tidak harus diajukan secara bertemu. Ia boleh dilakukan Bsecara jarak jauh tergantung dengan apa jenis medium pun.
"Dan untuk kes ini, Pak Terawan boleh menjawab soalan saya bila bila masa, di mana sahaja kerana dia masih hidup,"jelasnya.
Kemudian, Najwa juga berharap agar 'Pak Menteri' akhirnya bersetuju dan datang ke program miliknya untuk menyampaikan informasi dan menjawab kegelisahan masyarakat.
Instagram: @najwashihab