Dansa and Sing

"Sempena Tahun Kesepuluh, Ini Masa Yang Sesuai..." - Atilia Bakal Lancar Kekanda Adinda Versi Tebaru

Asraf Aided
10/01/2020
07:30 MYT
Sponsor Banner
"Sempena Tahun Kesepuluh, Ini Masa Yang Sesuai..." - Atilia Bakal Lancar Kekanda Adinda Versi Tebaru
Penyanyi dan peserta program Dansa Dan Sing, Atilia Haron bakal tampil dengan single Kekanda Adinda versi kedua.
Menurut Atilia, versi terbaru lagu duet bersama Monoloque itu akan dilancarkan dalam tahun ini.
"Antara perancangan saya dalam tahun ini adalah untuk melancarkan single Kekanda Adinda versi kedua.
"Saya rasa ia merupakan masa yang sesuai kerana Kekanda Adinda kini sudah memasuki tahun kesepuluh, sekarang saya sedang tunggu respon dari Loque.
"Buat masa ini, kami berdua masih sibuk, saya sedang menumpukan perhatian dalam Dansa Dan Sing manakala Loque juga sibuk dengan pelbagai urusan," ujarnya.
Dalam pada itu, Atilia turut memberitahu dia akan memasuki pasaran yang lebih komersial dalam tahun ini.
"Jika sebelum ini saya banyak menyanyi untuk peminat tertentu dan lebih mengutamakan jazz, tahun ini saya ingin memasuki pasaran yang lebih komersial agar mendapat lebih perhatian dari peminat," tambahnya.
Selain Atilia, Dansa Dan Sing turut menampilkan barisan peserta seperti Wani Kayrie, Shiha Zikir, Arja Lee dan ramai lagi.
Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar