Tempatan
10 Kelab Kereta Tempatan Memilih Shell FuelSave 95
Shell FuelSave 95 yang direka khas untuk memberikan ekstra kilometer dalam perjalanan harian mendapat pengakuan rasmi sebagai bahan api pilihan utama 10 kelab kereta di Malaysia.
Inisiatif ini adalah sebahagian dari kempen Shell “Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”, yang menyerlahkan keupayaan mantap Shell FuelSave 95 selepas dilancarkan awal tahun ini.
Di majlis yang dianjurkan secara maya , wakil-wakil daripada 10 kelab kereta, iaitu Proton Ambassadors of Malaysia, Myvi Gen.3 Club, HR-V Club Malaysia, Civic FC Club Malaysia, Geng Alza Biru Malaysia, Vios Yaris Owners Club, Mazda 3 Owner Club Malaysia, Kelab AruzR Malaysia, Nissan X-Trail Club Malaysia dan Volkswagen Club Malaysia secara rasminya menyokong kelebihan dan perbezaan ekstra Shell FuelSave 95.
Sokongan itu hasil dari kolaborasi dengan kelab kereta sejak 2019 untuk menguji keupayaan Shell FuelSave 95. Kini, Shell FuelSave 95 akan memperkasakan lebih dari 50,000 ahli kelab kereta dan dijangka akan menempuh jarak perjalanan melebihi 75,000km melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bersama apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran sekatan Covid-19.
Kerjasama itu juga membolehkan Shell mendapat maklum balas pantas dari ahli kelab kereta mengenai pengalaman dan prestasi Shell FuelSave 95.
Maklumat itu amat penting untuk Shell sentiasa meningkatkan kecekapan bahan api untuk memberikan ekstra kepada pengguna. Di samping itu, kelab-kelab kereta juga akan dijemput secara ekslusif untuk mencuba produk baru Shell.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, kerjasama itu mencerminkan keyakinan ahli kelab kereta terhadap keupayaan Shell FuelSave 95 yang memberikan ektra kilometer.
“Bahan api Shell dibangunkan menerusi kepakaran teknologi, penyelidikan rapi sejak berdekad lamanya, dan yang lebih penting, dengan mengutamakan keperluan pengguna.
Tidak semua bahan api dicipta sama dan kami sangat berbesar hati bahawa begitu banyak pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka,” katanya.
Untuk meraikan sokongan dari 10 kelab kereta, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 5% ke atas baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee untuk 10 hari, dari 13 sehingga 22 Ogos 2021 dengan menggunakan kod promo “EKSTRAKM” (terhad kepada 2,000 kod sehari).
Rakyat Malaysia juga boleh menonton “The Ekstra Onz Show” di laman Facebook ERA FM untuk ekstra hiburan, memenangi ekstra ganjaran dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menikmati ekstra penjimatan.