Tempatan

14,574 Perodua Ativa Ditempah Sejak Dibuka 19 Februari Lalu

Erywan
02/04/2021
02:16 MYT
Sponsor Banner
14,574 Perodua Ativa Ditempah Sejak Dibuka 19 Februari Lalu
Perodua menganggarkan jualan sebanyak 57,911 kenderaan dalam suku pertama 2021 (1Q21), kenaikan 29 peratus berbanding 44,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Ini berikutan peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan bagi semua modelnya, terutama sekali Perodua Ativa yang baru dilancarkan.
Pendaftaran Perodua melonjak 47.3 peratus kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pada Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kepada 24,433 unit, didorong permintaan yang tinggi, terutamanya bagi Ativa, yang menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan19 Februari lalu.
Menurutnya, 4,345 unit telah dihantar sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu, dan seperti yang dijangkakan, 67 peratus daripada permintaan setakat ini adalah untuk varian AV.
“Ini menjadikan Perodua Ativa SUV kompak terlaris di negara ini pada bulan Mac dan kami berjaya mengatasi sasaran penghantaran bulanan sebanyak 3,000 unit pada bulan pertama.
Dari segi pengeluaran, Zainal memaklumkan bahawa Perodua sudah menghasilkan 60,383 kenderaan pada 1Q21, kenaikan 23 peratus berbanding 49,280 unit yang dihasilkan pada 1Q20.
“Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor, yang memberi kesan yang berbeza-beza kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.
“Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga kami untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa yang sama memantau keadaan setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran kami berterusan,” katanya.
Beliau menambah bahawa walaupun berdepan dengan isu semikonduktor, Perodua masih mampu mencapai sasaran jualan 2021 sebanyak 240,000 unit.
Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020, dan dijangka membawa kepada perbelanjaan rekod sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.
Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (+23 peratus daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (+20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) bagi tahun ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar