Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Watch

3 tanda pam minyak (oil pump) perlu diganti.

Public Anonymous User 08/08/2018 | 03:32 MYT
Enjin kereta bergantung kepada banyak komponen untuk beroperasi dengan lancar.

Satu daripadanya adalah pam minyak yang berfungsi untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian penting, selain membantu mengekalkan suhu enjin pada tahap optimum.

Oleh itu, pam minyak yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan masalah yang lebih besar terhadap enjin.

Di sini drebar.my senaraikan tiga tanda pam minyak perlu diganti bagi membantu anda mengenal pasti masalah sebelum ia menjadi lebih serius.

1. Tekanan minyak menurun – Pam minyak yang lusuh atau rosak tidak lagi mampu untuk mengepam minyak dengan betul. Ini akan menyebabkan tekanan minyak menurun dan enjin akan mati dengan lebih kerap.

2. Suhu enjin semakin meningkat – Apabila minyak tidak dipam dengan sepatutnya, komponen dalam enjin tidak akan mendapat pelinciran yang cukup dan ini akan menyebabkan geseran antara komponen meningkat sekali gus menaikkan suhu enjin.

3. Bunyi bising dari enjin – Bunyi bising yang dimaksudkan boleh berpunca daripada tiga benda iaitu ‘hydraulic lifter’, ‘valve train’ atau pam minyak itu sendiri. ‘Hydraulic lifter’ tidak akan menghasilkan apa-apa bunyi jika ia berfungsi dengan baik. ‘Valve train’ pula merangkumi komponen-komponen lain seperti ‘pushroad’, ‘valve guide’ dan sebagainya. Pam minyak berbunyi adalah kes yang jarang berlaku, namun jika alat itu rosak, ia akan mengeluarkan bunyi nyaring.

;