Tempatan
45 Supercar Ditahan Polis Disyaki Terbabit Lumba Haram di Hong Kong
Lebih daripada 45 buah supercar di jalan raya awam Hong Kong dikatakan menganjurkan lumba haram jalanan yang menarik perhatian orang ramai dan menjadi topik hangat seluruh China terutamanya media Hong Kong.
Dikatakan kumpulan supercar terbabit menganjurkan perlumbaan jalanan haram yang merbahaya serta berlakunya perlumbaan sengit pada 21 Februari lalu di Lebuhraya Koridor Daerah Timur, Hong Kong.
Situasi itu adalah perkara biasa di Hong Kong apabila kejiranan melaporkan mereka mendengar bunyi bising deruman ekzos setiap hari. Bahkan ahli Persatuan Tempatan Timur, Derek Guy Chiho berkata pihaknya menerima banyak aduan dan isu berkenaan sudah dibangkitkan dalam mesyuarat. Serbuan yang berlaku Ahad lalu oleh pihak polis itu melibatkan kenderaan seperti Lamborghini Murcielago, Aventador dan Urakan, Ferrari 453 Italia, 488 Spider, 488 Pista dan McLaren 570S serta McLaren 720S.
Dalam video di bawah yang disiarkan South China Morning Post, polis Hong Kong pada Ahad lalu menahan 45 buah supercar kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan haram di Hong Kong Island.
Kenderaan dikatakan bukan sahaja mengeluarkan bunyi bising bahkan ada antara mereka melakukan modifikasi haram misalnya Nissan GT-R R35 yang melebihi regulasi bunyi yang ditetapkan. Menurut pihak polis sebanyak sembilan kenderaan didapati bersalah melakukan pengubahsuaian haram dan akan diambil tindakan.
Tahun 2019, sebanyak 99 laporan diterima di Hong Kong berkaitan lumba haram jalanan kumpulan supercar dan tahun lalu merekodkan 40 aduan sedikit berkurangan susulan pandemik Corona. Tahun ini, sebanyak empat laporan diterima dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat.