Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

9,300 Tempahan Mitsubishi XPANDER Dalam Tempoh Kurang 5 Bulan

Erywan 06/04/2021 | 08:22 MYT

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatat sejarah selepas prestasi jualan pada suku tahun terakhir 2020 meningkat 135 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.

Dalam tempoh Januari sehingga Mac lalu, sebanyak 4,156 unit sudah dijual sekali gus menjadikan MMM berada di tempat ketiga bagi jualan kenderaan bukan jenama nasional di Malaysia.

Jualan tahunan antara April 2020 sehingga Mac 2021, MMM mencatatkan jualan 11,554 kenderaan dengan peningkatan 51 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pencapaian itu disumbangkan oleh model baharu Mitsubishi XPANDER yang kini sudah ditempah 9,300 unit sejak dilancarkan pada November 2020. Sehingga kini, sudah 2,742 unit diserah kepada pemiliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinishi berkata sejak menerima sambutan yang positif terhadap XPANDER, pihaknya meningkatkan jumlah pengeluaran untuk memenuhi tempahan yang sedia ada.

#Mitsubishi
;