Antarabangsa

ABT tambah dos kuasa Volkswagen Touareg V8 TDI – Hanya tukar ECU naik 78hp!

Erywan
18/12/2019
02:43 MYT
Sponsor Banner
ABT tambah dos kuasa Volkswagen Touareg V8 TDI – Hanya tukar ECU naik 78hp!
Enjin V8 TDI yang terdapat pada Volkswagen Touareg generasi ketiga sudah boleh dikira cukup kuat dengan hamburan kuasa mencecah 422hp dan 900Nm.
Tetapi bagi ABT, syarikat yang cukup gemar menala Volkswagen dan Audi, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Oleh itu, syarikat dari Jerman itu mengumumkan bahawa ia telah membangunkan unit kawalan enijn (ECU) yang mampu meningkatkan kuasa enjin 4.0-liter SUV itu kepada 500hp dan 970Nm.
ABT tidak menyatakan angka prestasi jentera talaannya ini, namun ia pastinya lebih pantas berbanding versi standard yang boleh melakukan pecutan 0-100km/j dalam 4.9 saat. Bagaimanapun, pakej naik taraf prestasi enjin ini tidak terhad kepada varian V8 sahaja. Pemilik Touarge V6 TDI juga boleh mendapatkan khidmat ABT untuk menambah kuasa SUV mereka dari 286hp/600Nm kepada 330hp/650Nm.
Bukan itu sahaja, bermula Januari tahun hadapan ABT juga akan menawarkan pakej yang sama untuk satu lagi varian V6 TDI yang mempunyai 231hp dalam versi standard. Berbalik kepada Touareg V8 TDI, ia turut mendapat naik taraf visual dalam bentuk rim berukuran 22 inci yang boleh didapati dalam beberapa rekaan dan kemasan berbeza.
Melengkapkan pakej ini adalah lampu lopak air (puddle lights) yang akan memaparkan logo ABT pada tanah apabila pintu dibuka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar