Antarabangsa

Acura TLX - Guna Enjin VTEC Turbo 2.0 Liter, Macam Honda Civic Type R

Erywan
09/06/2020
01:41 MYT
Sponsor Banner
Acura TLX - Guna Enjin VTEC Turbo 2.0 Liter, Macam Honda Civic Type R
Permintaan untuk sedan dilihat semakin lama semakin berkurangan, namun ini tidak menghalang Acura daripada melancarkan TLX generasi kedua. Model ini dijangka dapat menarik kembali pelanggan ke segmen itu dengan rekaan sporty dan prestasi yang mengujakan.
Apa yang menarik mengenai TLX adalah ia dibina di atas platform serba baharu yang tidak digunakan oleh mana-mana model Acura lain. Direka untuk prestasi, platform berkenaan menampilakan casis yang lebih tegar dengan kandungan aluminium sebanyak 56 peratus.
Menurut Acura, TLX akan ditawarkan dengan dua enjin petrol turbo. Varian asas akan hadir dengan enjin VTEC Turbo 2.0-liter empat silinder yang mampu menjana 272hp dan 380Nm. Berbanding enjin NA 2.4-liter yang digunakan sebelum ini, ia mempunyai kuasa tambahan sebanyak 66hp dan 132Nm.
Untuk mereka yang dahagakan kelajuan, TLX juga akan mempunyai varian Type S yang menjanjikan tahap prestasi lebih tinggi. Varian ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter DOHC V6 baharu tetapi jumlah kuasanya belum didedahkan oleh Acura. Bagaimanapun, enjin ini dikatakan mempunyai 50 peratus lebih tork berbanding enjin NA 3.5-liter V6 terdahulu.
Malangnya, tiada penawaran transmisi manual setakat ini. Kedua-dua enjin hadir transmisi automatik 10 kelajuan dengan teknologi Sequential SportShift. TLX Type S juga hadir dengan sistem pacuan semua roda Super Handling All-Wheel Drive (SH-AWD) yang berfungsi menyalurkan sehingga 70 peratus tork ke roda belakang ketika pemanduan biasa.
Bercakap tentang pemanduan, TLX dilengkapi dengan mod Comfort, Normal, Sport, Sport+ (untuk Type S sahaja) dan Individual. Mod-mod ini boleh diakses menerusi butang Integrated Dynamics System yang terletak pada konsol tengah. Selain itu, ia juga mempunyai peredam adaptif, stereng kuasa elektrik dan servo brek seperti yang terdapat pada NSX.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar