Tempatan
Adakah Ini Land Rover Defender Serba Baharu Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi?
Hampir dua tahun Land Rover Defender serba baharu telahpun didedahkan secara rasmi di Frankfurt Motor Show.
Akhirnya jentera itu bakal dilancarkan di Malaysia selepas kelihatan dua model berkenaan dikesan sedang diuji di negara ini.
Biarpun ruang luarannya dipenuhi camouflage, bentuk itu memang ketara jelas adalah Land Rover Defender baharu.
Berdasarkan gambar itu, nampak Land Rover Defender yang diuji itu adalah Defender 110 5-pintu dan bukannya versi lebih kompak Defender 90 3-pintu. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung spesifikasi lanjut berhubung jentera ini.
Namun untuk pasaran global, ia dijanakan enjin petrol 4-silinder P300 akan menjana 296hp dan mampu mencapai 100km/j dalam 8.1 saat.
Sementara itu, enjin 6-silinder P400 yang menggunakan teknologi hibrid akan menjana 396hp/550Nm dan mampu memecut ke 100km/j dalam 6.4 saat. Untuk diesel pula, enjin D200 dan D240 masing-masing akan menjana 197hp dan 237hp.
Jentera itu mempunyai kelegaan tanah 291mm, sudut naik 38-darjah, sudut turun 40-darjah, kedalaman menyelam 900mm, kapasiti kargo 900kg, kapasiti bumbung 300kg dan kapasiti tunda sehingga 3,500kg.
Semua angka itu dibantu oleh sistem pacuan semua roda mekanikal dengan pilihan suspensi udara independent atau spring gegelung.
Kelengkapan lain termasuklah transmisi dengan nisbah kelajuan berkembar, pembeda tengah berkunci serta pembeda belakang aktif.