Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Ahli perniagaan Jepun, borong 5 Fenyr SuperSport Launch Editions - RM29.3 juta

Erywan 13/08/2019 | 04:29 MYT

Hujung bulan lalu, laman sosial menerusi Facebook W Motors membuat pengumuman bahawa mereka menjual lima unit terakhir Fenyr SuperSport Launch Editions.

Dalam paparan itu juga, W Motors memaklumkan individu yang membeli kelima-lima model berkenaan adalah seorang ahli perniagaan dari Jepun Semua jentera itu bakal dijadikan koleksi sempena acara Mega Supercar Motor Show pada 2021.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan laman sesawang Motor1.com, individu yang membeli lima unit Fenyr SuperSport Launch Editions adalah ahli perniagaan Jepun, Tetsumi Shinchi.

Setiap kenderaan itu bernilai USD1.5 juta (RM6.3 juta) dan pakej bagi lima unit berharga lebih USD7 juta (RM29.3 juta).

Fenyr SuperSport Launch Editions dibina sebuah syarikat automotif daripada Arab yang menghasilkan supercar.

Fenyr SuperSport Launch Editions adalah sebuah jentera yang cukup pantas dengan memiliki enjin 3.8 liter pengecas turbo berkembar. Enjin itu ditala oleh Ruf yang mampu menyalurkan 780hp dengan tork 959Nm.

Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac berkembar dengan tujuh kelajuan yang mana ia disalurkan ke pacuan belakang.

Supercar itu dibina dengan panel badan gentian karbon, selain menggunakan kabin aluminium dan beratnya hanya 1.349 kilogram.

Keupayaannya, ia mampu memecut 0-96km/j dalam 2.8 saat dan boleh mencecah kelajuan 400km/j. Angka itu berdasarkan spesifikasi syarikat berkenaan.

#Supercar #Drebar #Motors #W
;