Antarabangsa

Aksesori Tambahan Toyota GR Yaris, Bikin Lebih Agresif

Erywan
08/09/2020
01:39 MYT
Sponsor Banner
Aksesori Tambahan Toyota GR Yaris, Bikin Lebih Agresif
Dalam keadaan standard, reka bentuk Toyota GR Yaris sudah cukup sporty untuk segmennya tetapi pasti akan ada segelintir pemiliknya yang merasakan bahawa jentera mereka masih tidak cukup agresif.
Mereka tidak perlu bersusah payah mencari ‘tuner’ yang sesuai kerana Gazoo Racing sendiri ada menawarkan kit badan untuk hatchback itu.
Pakej yang ditawarkan oleh Gazoo Racing ini tidak keterlaluan dari segi rekaannya, namun masih mampu membuatkan jentera yang memakainya kelihatan lebih menonjol berbanding versi standard.
Bermula dari bahagian hadapan, GR Yaris mendapat bampar dengan bukaan udara yang lebih luas, selain mengurangkan jarak lega tanah sebanyak 12mm. Selain itu, terdapat juga skirt sisi dengan kemasan hitam berkilat yang sepadan dan diffuser belakang baharu yang menempatkan empat muncung ekzos berbanding dua sebelum ini.
Komponen-komponen tersebut boleh dipadankan beberapa perincian lain seperti jalur merah hitam pada bahagian sisi, pelindung pemegang pintu kemasan ala gentian karbon, penutup injap tiub logo ‘GR’ serta pemegang nombor plat CFRP lengkap dengan set skru yang juga dihiasi dengan logo divisyen sukan permotoran itu.
Untuk ruang dalaman pula, Gazoo Racing menawarkan set karpet dan pelapik lantai but GR, serta kemasan gentian karbon untuk papan pemuka dan panel suis tingkap.
Pakej ini tidak mengandungi sebarang naik taraf berkaitan prestasi enjin namun pelanggan boleh mendapatkan ‘strut bar’ untuk gandar hadapan dan alat perekod data yang membolehkan pemandu melihat data prestasi menerusi komputer.
Menggerakkan GR Yaris adalah enjin turbo 1.6-liter empat silinder yang menghasilkan 272PS dan 370Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi manual enam kelajuan dan sistem pacuan semua roda GR-Four.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024