Tempatan
Aprilia RS600 Lancar Di Malaysia - Ada 100hp, 5 Mod Tunggangan Harga RM59,900
Erywan
31/03/2021
|
07:44 MYT
Buat peminat Aprilia, berita ini pastinya akan mengembirakan anda selepas Didi Resources Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia melancarkan RS660 serba baharu.
Tampil dengan enjin dua silinder selari 660cc generasi baharu yang berkemampuan menjana 100hp disamping menggabungkan rekaan sofistikated dan teknologi terkini, ia menandakan kebangkitan semula motosikal segmen pertengahan.
Aprilia RS660 tampil dengan rekaan yang inovatif, terperinci dan bergaya dengan ciri utama memfokuskan pada bahagian fairing yang dicirikan oleh lampu depan
'triple' LED dan dipadankan bersama fungsi Lampu Siang (DRL).
Sistem pencahayaan juga dilengkapi beberapa ciri keselamatan yang baik antaranya sensor 'twilight' yang akan mengaktifkan 'low beam' secara automatik di samping menyalakan lampu di bahagian lampu sisi sekiranya berlaku brek kecemasan. 'Cornering lights' juga dinyalakan ketika sedang menyelurusi selekoh sekaligus meningkatkan penglihatan.
Aprilia RS660 dijana enjin dua silinder selari 660cc serba baharu yang diinspirasikan daripada enjin 1,100cc V4 yang mencapai piawaian homologasi Euro 5. Persamaannya boleh dilihat pada bahagian kepala silinder, kebuk pembakaran, silinder dan omboh yang boleh didapati pada enjin V4 termasuk ukuran 'bore' 81mm.
Bagi memastikan struktur enjin lebih tahan dan lasak, bahagian ‘crankcase' dipisahkan kepada dua bahagian secara melintang dengan bahagian silinder dipadankan dengan crankcase atas sekali gus menghasilkan dimensi enjin yang lebih kompak.
Biarpun ia sebuah jentera kategori pertengahan, enjin 660cc itu mampu
100hp pada 10,500rpm dengan tork setinggi
67Nm pada 8,500rpm. Kuasa tork itu boleh dirasai 80 peratus seawal 4,000rpm dan mencapai 90 peratus ketika rpm mencapai paras 6,250.
Bagi menghasilkan karakter enjin seakan V-Twin, pemasaan injap (valve-timing) ditetapkan pada sudut 270 darjah untuk proses pembakaran diposisikan secara tidak simetri untuk menghasilkan prestasi dan bunyi seakan V-Twin. Jentera itu turut dibantu dengan sistem elektronik platform inersia 6-paksi (six-axis inertial platform) yang berkemampuan membaca keadaan semasa jentera hasil bantuan 'accelerometers' dan 'gyroscopes'.
Sementara sistem Aprilia Performance Ride Control (APRC) menawarkan ciri membabitkan:
- Aprilia Traction Control (ATC)
- Aprilia Wheelie Control (AWC)
- Aprilia Cruise Control (ACC)
- Aprilia Quick Shift (AQS)
- Aprilia Engine Brake (AEB)
- Aprilia Engine Map (AEM)
- Cornering ABS
Penunggang juga boleh memilih dari lima mod tunggangan membabitkan:
- Commute
- Dynamic
- Individual
- Challenge
- Time Attack
Ciri ini boleh diakses dengan mudah menerusi paparan TFT berwarna yang juga menawarkan keterhubungan telefon pintar dengan Aprilia MIA.
Struktur keseluruhan Aprilia RS660 memfokuskan aspek kelangsingan dengan menggabungkan kerangka serta lengan ayun aluminium. Bagi menjadikan kerangka lebih ringan dan kompak, bahagian
lengan ayun aluminium juga dialihakn terus ke bahagian enjin.
Pengendaliannya diperkuatkan dengan fork terbalik boleh laras 41mm dari Kayaba, manakala sistem brek dikendalikan kaliper berkembar jenis radial dari Brembo yang digabungkan bersama cakera brek 320mm. Penggunaan tayar berprestasi tinggi menerusi Pirelli Diablo Rossa Corsa II 120/70 ZR 17 depan dan 180/55 ZR 17 belakang. Ia menawarkan cengkaman dan tahap keselamatan terbaik ketika menunggang di jalan raya dan litar lumba.
Bagi pasaran Malaysia, Aprilia RS660 didatangkan dengan dua warna pilihan. Ia membabitkan Lava Red yang juga sebagai penghargaan kepada RS 250 1994 versi Reggiani Replica serta Apex Black yang menawarkan rupa serba hitam. Harganya pula, ia dijual pada harga RM59,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).