Antarabangsa

BAC Dedah Mono Baharu, Ada 332hp Lebih Ringan Daripada Perodua Axia

Erywan
12/03/2020
05:24 MYT
Sponsor Banner
BAC Dedah Mono Baharu, Ada 332hp Lebih Ringan Daripada Perodua Axia
Briggs Automotive Company (BAC) baru sahaja memperkenalkan satu varian dikemas kini BAC Mono yang bukan sahaja lebih ringan tetapi memiliki rekaan baharu dengan tambahan kuasa.
BAC Mono baharu meminjam rekaan DNA daripada varian BAC Mono R yang diperkenalkan pada musim panas lalu. Ia juga sah digunakan atas jalan raya di Eropah, menepati standard peraturan emisi ketat dan bunyi bising. Enjin pada model baharu BAC ditambah alat pengecas turbo pada enjin empat silinder 2.3 liter, hasil pembagunan oleh Mountune, menjana kuasa 332hp dan tork sekuat 400Nm. Ini menyaksikan BAC Mono baharu mendapat tambahan 27hp.
Sistem sump kering membantu meningkatkan pusat graviti model baharu ini. BAC Mono juga didatangkan dengan casis naik taraf, kotak gear dan komponen mekanikal lain. BAC Mono mampu mencapai kelajuan 96 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 274km/j.
Selain itu, jurutera BAC merendahkan ketinggian kereta ini sebanyak 20 milimeter (mm) dan menambah ukuran lebar kepada 25mm agar ia lebih stabil serta nampak menarik. BAC dikatakan membuat rekaan semula dari awal model ini termasuk menambah baik faktor aerodinamik dan dapat disaksikan pada bahagian muncung depan jentera Mono.
BAC turut menambah lampu LED baharu, cermin sisi, kotak rempuhan bahagian belakang, rekaan belakang lebih tirus dan beberapa tambahan lain. Stereng kereta ini diperbuat daripada material karbon lebih ringan dan ada opsyen panel sisi gentian karbon jika mahu. Untuk mematuhi standard piawaian ketat, BAC terpaksa menambah komponen lain yang meningkat berat. Syarikat juga menggunakan teknologi cetakan 3D dan teknik lain untuk tujuan meringankan semula berat keseluruhan jentera.
Rim Mono kali ini adalah 35 peratus lebih ringan dengan setiap satu seberat 2.2 kilogram (kg), susut 1.22kg. Lantai gentian karbon dan komponen brek AP Racing menurunkan lagi sedikit berat. BAC Mono baharu lebih ringan 10kg berbanding model Mono generasi pertama, jumlah berat model baharu ini ialah 570kg. Untuk pengetahuan anda, berat Perodua Axia antara 820 sehingga 850kg. Harga bagi seunit BAC Mono baharu bermula serendah £165,950 (RM886,745).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar