Tempatan

Bahan api Petron beri kuasa tambahan peserta acara Rainforest Challenge 2019

Erywan
04/12/2019
07:09 MYT
Sponsor Banner
Bahan api Petron beri kuasa tambahan peserta acara Rainforest Challenge 2019
Acara paling lasak di dunia, Rainforest Challenge 2019 baru-baru ini menyaksikan penyertaaan 450 peserta dari 20 negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan 4x4 untuk mengharungi hutan tropika pada musim tengkujuh.
Ia bermula di Kelantan, antara 29 November hingga 9 Disember 2019 dan ia adalah acara akhir dari RFC Global Series (RFCGS), sebuah litar perlumbaan ‘off-road’ di seluruh dunia yang merangkumi 25 negara dengan 45 acara. Tahun ini, acara itu memberi tumpuan kepada aspek perlumbaan dengan sekurang-kurangnya 50 Peringkat Khas (SS), satu rekod untuk perlumbaan 4x4. Laluan berkenaan akan membawa peserta merentasi Kota Bahru, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, dan akan berakhir di Gua Musang.
Pengasas Rainforest Trophy, Luis J.A. Wee berkata, tumpuan pada perlumbaan tahun ini akan menjadi sukar kerana pasukan akan cuba mengatasi 50 Peringkat Khas (SS).
“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, ditambah dengan pilihan minyak bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium,” katanya.
Bagi acara itu, Petron adalah penaja diesel rasmi dan rakan kongsi minyak enjin untuk Rainforest Challenge Grand Finale di Malaysia. Ketua Dagangan Runcit & Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, ini adalah kerjasama keempat bersama RFC bagi memacu perlumbaan diiktiraf secara global dan menekankan keupayaan Petron Turbo Diesel Euro 5 yang berteknologi tinggi.
“Ia memberikan kuasa lebih baik, perlindungan enjin yang sangat terbaik, dan lebih kilometer,” katanya.
Petron Turbo Diesel Euro 5 terbukti dapat memberikan kuasa tertinggi dan kekuatan kepada kenderaan pacuan empat roda sejak ia pertama kali menaja pertandingan tersebut pada 2016.
Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, memastikan ekonomi yang lebih baik, dan memanjangkan jangka hayat enjin. Bahan api juga memberikan peningkatan kualiti pencucuhan serta perlindungan terbaik terhadap hakisan. Dengan kandungan Sulfur yang sangat rendah sebanyak iaitu 10 bahagian per sejuta, ia sememangnya adalah 50 kali lebih bersih daripada diesel Euro 2M, seterusnya membantu mengurangkan pelepasan ekzos.
Formulasi asas prestasi Petron Turbo Diesel Euro 5 adalah aditif premium TriAction Advantage. Ia mengandungi detergen untuk membantu membersihkan dan mengekalkan sistem inlet enjin bersih, selain membantu mengurangkan geseran antara omboh serta dinding silinder.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar