Antarabangsa
Bayangan X50 Dalam Video Merdeka Proton
Ramai masyarakat Malaysia bertanya-tanya bilakah Proton X50 akan dilancarkan, namun sehingga kini pelancaran SUV itu masih lagi belum jelas bila tarikh tepat untuk ia diperkenalkan.
Cuma apa yang difahamkan, Proton mengesahkan ia akan dilancarkan pada tahun ini yang hanya tinggal beberapa bulan lagi.
Namun, nampaknya bahang X50 semakin hangat apabila bayangan jentera itu kelihatan dalam satu video Merdeka yang dihasilkan oleh Proton. Dalam video itu, kelihatan sebuah SUV baharu yang berada di belakang rangkaian model-model Proton yang dipimpin oleh X70.
Ia boleh dilihat pada bahagian sisi SUV berkenaan diikuti dengan lampu serta muncung ekzos berkembar. Ini beberapa gambar yang sempat dirakam menerusi video berkenaan.
X50 menampilkan reka bentuk yang sedikit ramping dan sporty berbanding, X70.
Ia mungkin menggunakan ekzos berkembar yang menterjermahkan sebagai sebuah SUV sporty.
Dan inilah rupa lampu LED X50 yang mempunyai dua garisan di bahagian dalamannya.
Dalam video ini, anda boleh lihat dengan lebih jelas Proton X50 ini.