Tempatan
Bekas Subaru Impreza STI “555" Colin McRae Untuk Dijual
Dalam dunia sukan permotoran rali, nama Colin McRae sudah tidak asing lagi selepas beliau banyak memenangi dalam acara berkenaan.
Dalam permainan video, namanya juga digunakan sama ada dalam Play Station atau Xbox untuk perlumbaan kereta rali yang dikeluarkan beberapa siri.
Artikel ini, kami mahu berkongsi kepada anda iaitu sebuah Subaru Impreza 1993 yang pernah dipandu oleh pelumba rali ‘lejen’ itu.
Bekas jentera lumba yang dipandu oleh McRae itu dibuka untuk dilamar kepada pemilik baharu. Subaru Impreza itu kini berada Itali dan mahu dijual menerusi laman sesawang routedasogno.
Impreza berkenaan diberi nama 555 untuk penaja waktu itu dan corak pelekat grafiknya masih lagi sama bagi kenderaan yang mahu dijual ketika ini.
Ia dibaik pulih sepenuhnya oleh pakar untuk dikembalikan kepada konfigurasi asal dan harganya hanya dapat diketahui berdasarkan permintaan.
Untuk makluman, sebuah Subaru Impreza WRC 1997 dilelong pada 2017 dengan harga sekitar Pound 230,000 (RM1.3 juta).
Apa yang pastinya, kenderaan yang pernah dipandu McRae ini mungkin lebih mahal kerana ia sebuah jentera yang ikonik dan sesuai untuk dijadikan koleksi. Ini seperti beli sekarang, esok boleh jual lagi mahal.
Sumber: routedasogno