Tempatan

Bentley Continental GT3 Pikes Peak - Mahu Cipta Rekod Baharu Kelas Time Attack 1

Erywan
09/06/2021
07:59 MYT
Sponsor Banner
Bentley Continental GT3 Pikes Peak - Mahu Cipta Rekod Baharu Kelas Time Attack 1
Bentley akan menyertai perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb pada 27 Jun hadapan dengan jentera Continental GT3 ‘Pikes Peak’ versi terbaharu. Sasaran tahun ini adalah untuk mencipta rekod baharu dalam kelas Time Attack 1.
Jentera yang disediakan khas untuk perlumbaan mendakit bukit itu dikuasakan oleh enjin twin-turbo V8 berkapasiti 4.0 liter yang diberikan pelbagai modifikasi. Antaranya adalah omboh dan conrod baharu, boost lebih tinggi (melebihi 2.2 bar), pengecas turbo lebih besar serta sistem ekzos Inconel daripada Akrapovic.
Menurut Bentley, enjin itu menghasilkan 750hp dan 1,000Nm pada paras laut, namun untuk perlumbaan itu nanti ia akan ditala bagi menjana kuasa yang lebih tinggi. Apa yang lebih menarik, enjin itu menggunakan bahan api bio yang diformulasi khas untuk sukan permotoran iaitu 98RON Renewable Racing Fuel.
Selain prestasi, aspek penyejukan turut diberikan penekanan dan bagi tujuan itu, Bentley membangunkan sistem penyejukan sekunder yang diletakkan pada bahagian belakang. Bukan itu sahaja, tingkap belakang digantikan dengan sepasang skup bagi membolehkan udara mengalir menerusi radiator kedua sebelum keluar menerusi lubang pada bahagian but.
Kotak gear digunakan adalah sama seperti yang terdapat pada Continental GT3 ‘standard’, namun ia telah diperkukuhkan bagi memastikan ia dapat menampung jumlah tork yang tinggi itu. Diameter aci pemacu (driveshaft) belakang turut diperbesarkan bagi tujuan yang sama.
Jentera ini menggunakan spring dan ‘anti-roll bar’ yang lembut bagi tujuan memaksimumkan pergerakan badan dan pengagihan berat badan ketika membrek. Bercakap tentang brek, ia dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair.
Dari segi aerodinamik pula, komponen-komponen seperti ‘splitter’ dan ‘dive plane’ pada bamar hadapan, serta ‘spoiler’ besar membolehkan Continental GT3 Pikes Peak menjana 30 peratus lebih ‘downforce’ sambil mengekalkan keseimbangan bahagian hadapan dan belakang.
Bentley berkata bahawa jentera ini akan terus diuji dalam minggu-minggu mendatang sebagai persiapan menghadapi cabaran itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar