Tempatan

Bentley Hasilkan Continental GT Speed Paling Laju Dalam Sejarah Syarikat

Erywan
25/03/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
Bentley Hasilkan Continental GT Speed Paling Laju Dalam Sejarah Syarikat
Bentley akhirnya mendedahkan Continental GT Speed baharu dan varian sport coupe ini adalah kereta paling laju keluaran syarikat dalam sejarah 101 tahunnya.
Kereta dua pintu ini menggunakan enjin 6 liter W12 yang meledakkan kuasa 650hp dan tork maksimum 900Nm dengan padanan kotak gear lapan kelajuan pratetapan.
Rangkaian kuasa ini membolehkan kereta seberat 2,200 kilogram ini meluncur ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 335km/j.
Pembaharuan trenkuasa itu bukan sekadar kenaikan angka output tetapi melibatkan kerja-kerja talaan semula kotak gear robotik demi memastikan peralihan gear lebih lancar. Talaan juga dilakukan pada sistem suspensi dan tetapan stereng.
Continental GT Speed ada perbezaan dengan model konvensional lain kerana varian ini menerima casis stereng penuh daripada pihak pengeluar.
Aspek kosmetik menyaksikan model ini ada perbezaan pada bolong kemasukan angin dan pemisah udara yang didatangkan dalam tona gelap.
Begitu juga dengan gril radiator dan warna gelap digunakan sebagai penghias pada sisi kereta. Rim yang dipasang bersaiz 22 inci jenis aloi.
Untuk ruang kabin, pembeli boleh pilih jenis material dan warna pilihan disediakan dari kulit hingga bahan Alcantara. Bentley Continental GT Speed akan mula dijual sebelum akhir tahun ini tetapi tiada petunjuk harganya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar