Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

Bimota Buka Tempahan Tesi H2, Harga Bermula RM314,940

Erywan 28/09/2020 | 04:25 MYT

Bimota Tesi H2 yang membuat kemunculan di Pameran EICMA 2019 kini dibuka untuk pratempahan dan pelanggan dijangka terima motosikal masing-masing bermula Oktober ini.

Tesi H2 berjaya dizahirkan selepas Kawasaki Jepun mengambil alih sebahagian pegangan syarikat dengan beli pegangan Bimota sebanyak 49.9 peratus. Pembabitan ini bermula beberapa bulan sebelum berlangsungnya EICMA.
Motosikal Tesi H2 mendukung konsep rekaan baharu yang lahir dengan gabungan kepakaran Kawasaki dan Bimota. Casis motosikal dibina Bimota dengan enjin dan teknologi perlumbaan dan komponen diambil dari pihak Kawasaki.
Ini sebenarnya sebuah Kawasaki H2 yang diubah suai menjadi Tesi H2 dengan penekanan kepada penggunaan material aluminium dan karbon. Objektif binaan ialah sebuah motosikal berkualiti tinggi dan eksklusif dan bertenaga dengan lebih ringan beratnya serta mudah dikenali.
Rim motosikal hypersport ini dihasilkan melalui proses tempaan. Fairing pula adalah berasaskan gentian karbon sebelum dicat tangan.
Tesi H2 menggunakan enjin supercas empat silinder sebaris Ninja sekuat 242hp dengan satu hab stereng pengemudian baharu untuk pengendalian lebih baik dan stabil. Motosikal cuma lebih sikit 200 kilogram beratnya.
Sebahagian besar teknologi bantuan membrek, sistem pengendalian pemanduan dan pengoperasi enjin serta aspek keselamatan adalah dari Kawasaki seperti model Ninja H2.
Bimota Tesi H2 dibuka tempahan melalui laman web rasmi dengan dua varian pilihan iaitu Carbon dan Standard. Jualan dan penghantaran akan bermula pada 1 Oktober ini danb diuruskan oleh pengedar rasmi Bimota atau ibu pejabat sendiri.
Hanya 250 unit akan dibina untuk model Bimota Tesi H2 dengan setiap satu berharga 64,000 Euro (RM314,940).

#Bimota
;