BMW X5 dan X7 M50i, kedua-dua boleh pecut 0-100km/j kurang 5 saat
Segmen SUV berprestasi tinggi yang didominasi oleh pengeluar-pengeluar dari Eropah dan Itali kini menjadi lebih hangat dengan ketibaan dua pesaing terbaru iaitu X5 M50i dan X7 M50i.
Menampilkan enjin twin-turbo 4.4-liter V8 yang turut digunakan pada M5 dan M850i, kedua-dua model tersebut mempunyai 530hp antara 5,500 hingga 6,000rpm serta 750Nm antara 1,800 hingga 4,600rpm.
Selain daripada peningkatan kuasa, varian-varian M50i ini turut menampilkan penambahbaikan sistem suspensi yang merangkumi sesendal, pegas gegelung dan peredam. X5 didatangkan standard dengan suspensi Adaptive M, manakala X7 mendapat suspensi udara pada bahagian depan dan belakang.
Sistem brek M Sport dengan cakera kompaun ringan dan angkup brek berwarna biru lengkap dengan logo M turut disertakan.