Modifikasi

Bukan biasa-biasa Yamaha NVX 155, habis RM35,000 untuk kos modifikasi

Erywan
12/06/2019
06:06 MYT
Sponsor Banner
Bukan biasa-biasa Yamaha NVX 155, habis RM35,000 untuk kos modifikasi
Kos modifikasi Yamaha NVX 155 ini sahaja RM35,000. Ya! RM 35,000. Apa yang dah dibuat? Untuk mengetahuinya baca artikel ini sampai habis.
Baiklah, sebelum ini Drebar ada membuat artikel berhubung NVX yang dimodifikasi untuk autoshow. Namun, ruangan modifikasi kali ini memaparkan jentera sama, tetapi dinaik taraf kepada prestasi. Jentera skuter dari Yamaha itu hampir 95 peratus sudah diubah suai melalui proses modifikasi ekstrem.
Dari sudut luaran jentera milik seorang kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Roy dari Manjung, Perak, nampak standard sahaja kerana masih mengekalkan penampilan asal edisi Movistar. Bagaimanapun, apabila diperhatikan secara terperinci barulah keistimewaannya terserlah khususnya buat peminat NVX.
Apa tidaknya, hanya melihat dari fork terbalik Ohlins pasti ramai yang terpegun, selain diselit brek Brembo 4 pot dibahagian hadapan dan 2 pot dibahagian belakang. Jentera yang asalnya menggunakan dua penyerap hentak belakang digantikan dengan monoshock Ohlins yang lengkap dengan tabung gas.
Jika dilihat pada bahagian hendalnya, beberapa komponen sudah ditukar dengan menggunakan pendikit minyak Domino, manakala tuil brek Brembo dipasang bersama pelindung Rizoma kiri dan kanan. Paling menyerlah sudah pasti sistem ekzosnya yang menggunakan R9 Titanium yang menghamburkan bunyi garang sekiranya pendikit minyak dipulas.
Bagi tampak lebih bergaya, pemilik mengubah tempat duduk asal kepada tunggal serta menerima kemasan gentian karbon. Bahagian enjin juga sudah tidak ‘dara’ lagi apabila dipadankan blok Athena bersaiz 63mm bersama beberapa komponen berprestasi lain termasuk injap Uma Racing, Nasty Port Flow Head, radiator aluminium, Ecu Shop dan sebagainya.
Berikutan kuasa enjin juga meningkat sudah pasti peratusan enjin menjadi panas tinggi, justeru saluran paip getah asal digantikan dengan Samco yang mampu menahan tekanan haba tinggi. Dari segi kuasa pula selepas ujian dyno, NVX berkenaan memiliki 20hp dan dikatakan mampu memecut lebih 160km/j.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024