Antarabangsa

Cantik Dan Bergaya Bila Lihat Honda City RS Depan Mata

Erywan
24/08/2020
07:34 MYT
Sponsor Banner
Cantik Dan Bergaya Bila Lihat Honda City RS Depan Mata
Pada pertengahan bulan ini, Honda Malaysia membuka tempahan generasi kelima Honda City Serba Baharu di 101 pengedarnya seluruh Malaysia.
Hari ini kami berpeluang melihat lebih dekat sedan segmen B itu dengan varian paling tinggi iaitu Honda City RS. Dalam barisan model Honda, RS bermaksud Road Sailing dan terkenal dengan daya tarikan yang sporty dan bergaya dengan gabungan ciri canggih.
Apa yang membezakan dengan varian lain, Honda City RS dilengkapi dengan teknologi termaju iaitu intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). Bermakna, City serba baharu itu tidak didatangkan dengan enjin 1.0 turbo untuk pasaran Malaysia buat masa ini.
Bagi Honda Malaysia, City RS dikuasai dengan rangkaian kuasa i-MMD baharu adalah yang pertama dalam barisan produknya. Sistem i-MMD turut dikenali pada peringkat global sebagai e:HEV dan hanya ditawarkan pada model segmen lebih tinggi dalam rangkaian keluarga Honda.
Kelebihan i-MMD, ia memberi City RS prestasi lebih baik dengan tork tertinggi dalam kelasnya. Ia mampu menyalurkan tork setinggi 253Nm dimana kuasa itu setara bagi model segmen C dan D dengan menggunakan enjin 2.5 liter Aspirasi Biasa (NA).
Berdasarkan pemerhatian, kami dapati pada cermin utama hadapan kelihatan seperti kamera dan ia mungkin Honda City RS ini dilengkapi dengan ciri Honda Sensing.
Dari segi luaran, City RS boleh dibezakan dengan beberapa ciri membabitkan:
  1. Lampu hadapan, belakang dan lampu siang (DRL) LED (Bagi Varian RS dan V)
  2. Cermin Sisi Hitam
  3. Rim 16 inci dengan dua tona (Bagi Varian RS dan V)
  4. Honda LaneWatch (Bagi Varian RS dan V)
  5. Brek parkir elektrik
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar