Antarabangsa

Covid-19: Akhirnya Pratempahan Kawasaki Ninja ZX-25R Ditangguhkan Di Indonesia

Erywan
31/03/2020
04:35 MYT
Sponsor Banner
Covid-19: Akhirnya Pratempahan Kawasaki Ninja ZX-25R Ditangguhkan Di Indonesia
Penularan wabak Covid-19 di serata dunia bukan hanya melumpuhkan ekonomi dunia tetapi membawa ancaman terhadap nyawa manusia.
Disebabkan wabak ini, banyak acara berprestij automotif dan sukan permotoran duna terpaksa dibatalkan atau ditangguh. Begitu juga dengan tontonan umum sportbike suku liter paling hangat dunia, Kawasaki Ninja ZX-25R.
Sebelum ini, Kawasaki Motor Indonesia memilih untuk memindahkan lokasi pra tonton dan pengambilan tempahan awal dari Kawasaki Bike Week 2020 di Karnival Pantai Ancol ke Bilik Pameran Kawasaki Abdul Muis pada hari 4 April ini.
Bagaimanapun, ia sekali lagi terpaksa ditunda sebagai langkah berjaga-jaga. Kerajaan Indonesia menyaran orang ramai agar tidak berhimpun dan mengamalkan langkah penjarakan sosial untuk mencegah jangkitan Covid-19.
KMI membuat pengumuman ini menerusi satu lagi klip video menerusi Instagram Kawasaki_Indonesia. Bagaimanapun, tiada tarikh baharu diberi memandangkan tiada siapa tahu bila situasi ini akan kembali normal.
Motosikal Ninja ZX-25R ini juga sudah diuji dua pelumba pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) WorldSBK, Jonathan Rey dan Alex Lowes di Litar Jerez, Sepanyol.
Selepas itu, KMI menerusi YouTube berkongsi sedikit babak tunggangan di litar itu dengan Rey mencapai kelajuan 160 kilometer sejam pada gear kelima. Motosikal ini menggunakan enjin empat silinder sebaris walaupun hanya 250cc.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024