Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Dana Pelaburan Awam dari Arab Saudi Beli Saham Pagani

Erywan 24/08/2021 | 03:51 MYT

Dana Pelaburan Awam dari Arab Saudi (PIF) memperoleh kepentingan minoriti bagi pengeluar kenderaan Itali, Horacio Pagani SpA.

Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan strategi jangka panjang untuk meningkatkan dari segi teknologi dan kemudian berkembang di segmen gaya hidup.
Pengasasnya Horacio Pagani berkata, perjanjian dengan PIF adalah langkah utama dalam strategi pertumbuhan jangka panjang.
“Kami membayangkan pelaburan yang signifikan untuk memastikan bahawa kereta hiper yang seterusnya akan terus menyampaikan emosi yang unik,” katanya
Keluarga Pagani akan terus mengawal sepenuhnya syarikat itu, dengan PIF bergabung dengan pemegang saham minoriti Itali lain termasuk Nicola Volpi dan Emilio Petrone.
Ini bermakna, Horacio masih lagi kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pereka dalam syarikat berkenaan.
Syarikat itu ditubuhkan pada awal 1990-an ketika Horacio Pagani yang sebelum itu beliau adalah seorang pekerja di Lamborghini.
Sepanjang Horacio Pagani berusaha membina perniagaan pereka perundingannya, dia mengusahakan reka bentuk keretanya sendiri.
Kenderaan pertama yang dihasilkannya adalah Zonda dengan mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan. Jentera itu menggunakan enjin V12 Mercedes-AMG dan menjadi satu daripada kereta terhebat sepanjang zaman.

;