Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Antarabangsa

DeLorean DMC-12 dilelong RM161,135

Erywan 02/06/2019 | 03:42 MYT
DeLorean DMC-12 ini dijual pada Disember 1981 oleh DeLorean Cadillac di Lakewood, Ohio, yang diasakan oleh adik beradik John Z. DeLorean.
Kereta ini kekal pada keluarga pemilik asalnya sebelum dibeli oleh seorang individu kira-kira dua tahun lalu.
Setakat ini, kereta yang popular dalam filem Back to The Future ini sudah dipandu sekitar 9,500 batu (15,288 kilometer).
DeLorean ini adalah satu daripada hampir 9,000 unit yang dihasilkan pada awal tahun 1981 hingga hujung tahun 1982.
Topang tingkat berbilah belakang dan papan litar lampu brek sudah digantikan pada April 2019. Tayar baharu juga disarung pada Januari 2018, dipercayai menggantikan tayar asli model kereta ini.
Dua tempat duduk dalam kabin dibalut dengan material kulit berwarna kelabu. Perehat kepala sudah digantikan. Kereta ini juga mempunyai regulator tingkap kuasa baharu untuk tetingkap kuasa cermin kanan dengan motor baharu.
Menariknya pemain kaset asal daripada kilang masih ada bahagian dalamnya. Sistem penyaman udara R134 kini memiliki new penyejat dan kondenser baharu.
Tambahan pembaharuan lain membabitkan tangki minyak yang sudah ditukar ganti dan begitu juga dengan topang ruangan simpanan bagasi.
Enjin belakang 2.85 liter V6 yang direka dan dibina oleh Peugeot, Renault dan Volvo (PRV) itu disambung pada kotak gear lima manual transgandar.
Data daripada kilang mendedahkan enjin itu boleh menjana kuasa 130hp dengan tork sekuat 207Nm. Sebuah starter motor baharu sudah dipasang sejak November 2017 berserta bateri pada Oktober 2018.
Kereta itu sudah dijual pada harga AS$38,350 (RM161,135) menerusi acara lelongan pada 28 Mei lalu oleh bringatrailer.
Kredit: bringatrailer.com
#DeLorean
;