Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Di Sebalik Pembinaan Perodua Ativa, Ini Ceritanya

Erywan 03/03/2021 | 12:34 MYT

“Kami mahu menawarkan harga berpatutan dan semua rakyat Malaysia mampu memiliki SUV,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad tentang Perodua Ativa sebuah.

Ativa dijangka akan dijual sebanyak 3,000 sebulan dan ia dipasang di kilang baru Perodua yang turut memasang model Axia dan Bezza.
Kita rungkaikan disebalik pembinaan SUV berkenaan yang mana ia bakal menjadi SUV popular di kalangan rakyat Malaysia nanti.
Nama Ativa, mungkin ramai tertanya-tanya dari mana ia diperolehi. Ativa sebenarnya perkataan Sepanyol bermaksud Aktif yang mana ia sesuai dengan karakter SUV itu untuk golongan urban serta bergaya aktif.
Ativa ini menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan menjadi model Perodua pertama menggunakan platform itu. Proses pembangunan Ativa ini bermula tiga tahun lalu, tetapi latihan dengan kerjasama Daihatsu Motor Company (DMC) sebenarnya lebih dari tempoh itu.
Apa yang menariknya, dalam proses pembangunan itu Perodua sebenarnya terbabit pada peringkat awal lagi dengan Daihatsu.
Jadi ini, bukannya kenderaan yang hanya tukar logo sahaja atau ‘rebadged’. Ini kerana lebih 50 pereka dan jurutera Perodua sudah beberapa tahun berpusat di DMC yang ditugaskan untuk membina modul sesetengah komponen kenderaan. Jadi, ini menjadi tidak langsung bahawa Perodua turut terbabit dalam mencipta model keluaran global.
“Sebagai contoh, pintu belakang Daihatsu Rocky dan Ativa dibina oleh ahli Perodua. Jadi ini apa yang kami sudah buat dengan DMC.
“Jika konsep ini berjaya kedua-dua pihak, mungkin pada masa hadapan lebih banyak aktiviti kerjasama boleh dilakukan,” kata Zainal pada sidang media selepas sesi pandu uji Perodua Ativa baru-baru ini.
Ketika ditanya berapa banyak komponen tempatan pada Ativa itu, Zainal memaklumkan SUV itu menggunakan 95 peratus komponen tempatan dan ia adalah paling banyak dalam model-model Perodua yang baharu dilancarkan.

;