Tempatan

Diplomat Rusia Tolak Troli Di Landasan Kereta Api Keluar Dari Korea Utara

Erywan
01/03/2021
03:53 MYT
Sponsor Banner
Diplomat Rusia Tolak Troli Di Landasan Kereta Api Keluar Dari Korea Utara
Sekumpulan diplomat Rusia bersama ahli keluarga mereka meninggalkan Korea Utara menggunakan cara yang luar biasa untuk balik ke Rusia.
Kementerian Rusia mengatakan keluarga diplomat itu bekerja di pejabat Kedutaan di Pyongyang dan perlu memikirkan cara pulang berbeza susulan hubungan perjalanan antara kedua negara terputus selama lebih dari setahun susulan pandemik.
Video yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negara Rusia itu menunjukkan diplomat menolak troli penggerak tangan yang penuh dengan bagasi di sepanjang rel kereta api. Korea Utara menyekat sempadan negara berkenaan selama beberapa bulan berikutan ingin membendung penularan Covid-19.
Kumpulan terbabit dikatakan memulakan perjalanan dengan menaiki kereta api selama 32 jam dan bas untuk tiba di kawasan sempadan serta kemudian mereka menggunakan troli untuk tiba di Rusia.
Dalam video itu kumpulan diplomat tersenyum dan bersorak apabila tiba di sempadan Rusia di Khasan.
Wakil diplomat yang sedang menunggu mereka dengan bas kemudian membawa kumpulan terbabit menuju ke lapangan terbang Vladivostok.
Difahamkan sejak penularan Covid-19, Pyongyang memperketatkan kawalan pergerakan menyebabkan ramai diplomat asing meninggalkan negara berkenaan dan menutup kedutaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar