Dua SUV Peugeot buatan Malaysia bakal eksport ke Thailand
Peugeot melantik Belfort Automobiles (Thailand), anak syarikat Master Group Corporation (Asia) Co Ltd., (MGC-ASIA) sebagai pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan jenama Peugeot yang baru di Thailand.
Majlis tandatangan pelantikan itu diadakan di Kedutaan Perancis di Bangkok dan disaksikan oleh Duta Perancis ke Thailand, Jacques Lapouge.
Pada masa sama, Peugeot bakal memperkenalkan lima model baharu di Thailand dalam beberapa tahun akan datang.
Kedua-dua SUV itu dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani dengan Naza Corporation Holdings pada Februari 2018 untuk menubuhkan hab pengilangan pertama di ASEAN bagi Groupe PSA.
NAM turut bakal mengeksport kenderaan ke Filipina dan seterusnya ke Thailand dalam beberapa minggu lagi.