Antarabangsa

Dua unit Mitsubishi Lancer EVO VI Tommi Makinen Edition menanti pembeli

Erywan
26/07/2019
00:35 MYT
Sponsor Banner
Dua unit Mitsubishi Lancer EVO VI Tommi Makinen Edition menanti pembeli
Bagi penggemar jentera Mitsubishi, anda bukan ada satu tetapi dua peluang memiliki jentera Lancer masing-masing berwarna merah dan putih.
Apa yang membuatkannya jauh lebih menarik ialah kedua-dua model yang bakal dilelong itu bukan versi biasa tetapi EVO VI Tommi Makinen Edition (TME).
Mitsubishi Lancer tidak dinafikan menjadi cukup popular disebabkan sukan rali. Pelumba bernama Tommi Makinen adalah insan yang membawa jenama Mitsubishi ke World Drivers Championship, bukan sekali tetapi empat kali.
Bagi meraikan pencapaian ini, Mitsubishi menghasilkan model EVO VI.
Berbalik kepada model yang akan dilelong oleh Classic Car Auctions, unit pertama adalah kereta berwarna merah dengan jalur pelekat putih, perak dan merah. Ia ada sebuah model tahun 2000 dan sudah dipandu sejauh 56,000 batu (90,123 kilometer).
Jentera itu mampu menjana kuasa hampir 300bhp dan tergolong sebagai antara kereta jalanan yang cukup luar biasa dengan tambahan sejumlah aksesori lain, sekali gus menempatkannya setangga lebih atas daripada edisi standard EVO VI.
Mitsubishi Lancer Tommi Makinen Edition kedua pula berwarna putih tetapi cuma dipandu 34,933 batu (56,219 kilometer). Ia diimport dari Jepun dan mempunyai kerusi Recaro hitam merah.
Setiap satu harga kereta ini dianggarkan antara £15,000 hingga £20,000 (anggaran RM76,850 hingga RM102,465).
Acara tontonan akan diadakan pada Jumaat, 2 Ogos bermula pukul 10 pagi dan lelongan akan bermula pada 3 Ogos (Sabtu) pukul 10.30 pagi.
Bagi yang berminat, anda boleh ke laman www.classiccarauctions.co.uk untuk mencuba nasib.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar