Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Tempatan

Ducati Diavel 1260 S versi jahat ada di Malaysia berharga RM139,900

Erywan 21/06/2019 | 03:00 MYT

Akhirnya, Next Bike Sdn Bhd selaku pengedar motosikal Ducati di Malaysia melancarkan Diavel 1260 S buat pasaran tempatan.

Sebelum ini, media serta pemilik Ducati berpeluang melihatnya secara eksklusif kepada pemilik Ducati dan Kelab Pemilik Desmo sempena majlis berbuka puasa di Next Bike Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ducati Diavel 1260 S kini menerapkan aura maskulin dengan rekaan baharu dengan bercirikan prestasi maxi-naked dan cruiser maskular ergonamik. Berikutan rekaan yang itu, ia turut menerima anugerah Red Dot Award 2019: Best of the Best.

Sesuai untuk tunggangan harian atau jarak jauh, Diavel 1260 S dikuasai enjin Testastretta DVT 1262 yang mampu menyalurkan 159hp pada 9,500rpm.

Ia kini dipadankan dengan casis yang dinaik taraf, dan prestasi motosikal itu lebih responsif untuk sesuai keadaan jalan.

Pada masa sama, ia dipadankan teknologi serta sistem elektronik termaju. Ia membabitkan prestasi brek setaraf jentera sportbike, selain dilengkapi Bosch Cornering ABS dan kawalan enjin yang mesra pengguna.

Diavel 1260 S juga ditawarkan ciri-ciri lain membabitkan suspensi boleh ubah Ohlins untuk bahagian hadapan dan belakang. Sebagai tambahan, ia dilengkapi Ducati Quick Shift up & down sebagai ciri standard. Jentera yang ‘jahat’ ini dijual pada harga RM139,900.

#Ducati #Diavel
;