Tempatan
Ducati MG-20, e-Bike Guna Material Magnesium, Harga RM7,922
Selain motosikal, Ducati juga mempunyai barisan basikal yang menarik untuk ditawarkan kepada peminatnya di seluruh dunia. Barisan terbaharu adalah MG-20, ia juga menjadi basikal lipat elektrik (folding) pertama dalam rangkaian Ducati Urban e-Mobility.
Basikal yang dibangunkan dibawah lesen MT Distribution itu memiliki rekaan menarik serta aerodinamik. Apa yang menariknya, kerangka, fork dan rim menggunakan material magnesium untuk membuatkannya lebih ringan dan kukuh, selain menawarkan prestasi yang maksimum tanpa mengorbankan ketahanannya.
Penggunaan roda kecil bersaiz (20" x 2.125") membuatkan ia mudah dilipat dan dibawa menaiki pengangkutan awan. Basikal elektrik itu dipadankan motor di bahagian belakang berkuasa 250W yang menggunakan bateri daripada Samsung.
Setiap cas penuh, basikal berkenaan boleh bergerak sejauh 50km pada kelajuan maksimum 25km/j. Namun, ia mempunyai tiga mod kelajuan membabitkan 12,18 dan 25km/j. Pada masa sama, ia dilengkapi paparan LDC, lampu utama LED dan jalur reflektif pada roda bagi memastikan perjalanan lebih selamat pada waktu malam.
Bagi yang mahu memiliknya, ia dijual pada harga 1.599€ (RM7,922)MG-20 dan boleh didapati di pusat pengedar bermula Julai ini atau e-shop Ducati iaitu www.ducatiurbanemobility.com.