Antarabangsa

Ducati Multistrada V4 Baharu, Ini 8 Fakta Ringkas Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Erywan
13/11/2020
03:06 MYT
Sponsor Banner
Ducati Multistrada V4 Baharu,  Ini 8 Fakta Ringkas Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya
Ducati baru saja memperkenalkan motosikal touring, Multistrada V4 baharu. Sejak dikeluarkan pada 2003 lebih 110,000 unit Multistrada dijual dan pengeluar Itali itu mengkelaskan Multistrada V4 mengikut empat ciri utama iaitu Sport, Touting, Enduro dan Urban.
Ini beberapa faktor penting untuk anda tahu mengenai Multistrada V4 membabitkan:
1.Jentera segmen touring itu dipadankan enjin 1158cc V4 Granturismo bersaiz kompak dengan berat 66.7kg. Janakuasa itu mampu menghasilkan kuasa 170hp pada 10,500 rpm dan tork maksimum 125 Nm pada 8,750 rpm.
2. Bagi mengurangkan panas dan penjimatan minyak, enjin itu didatangkan dengan sistem nyahaktif silinder apabila berhenti.
3. Keselesaan tunggangan atas apa jua permukaan jalan disokong oleh rangka monokok aluminium dengan jarak roda 1,567mm dan jarak kelegaan bumi 220mm bersama berat kering 215kg.
4. Bahagian kaki dipasang dengan rim 19-inci di depan bersama lengan ayun dua sisi serta suspensi travel 170mm dan 180mm di belakang.
5. Ducati turut menjalankan kajian aerodinamik menggunakan terowong angin bagi mendapatkan perlindungan terbaik untuk penunggang dan pembonceng dari angin serta mengurangkan bunyi berdesit dan mengalihkan haba panas enjin jauh dari kaki penunggang.
6. Ducati Multistrada V4 baharu kini dilengkapi dengan sistem radar di depan dan belakang yang memaksimumkan penggunaan Adaptive cruise control ((ACC) dan Pengesan Titik Buta (BSD).
7. Sementara IMU menguruskan operasi ABS Selekoh, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) dan Lampu Selekoh (DCL) pada Multistrada V4 S. Manakala Sistem Vehicle Hold Control (VHC) adalah ciri standard pada Multistrada V4 untuk membantu pengendalian di laluan curam. Multistrada V4 S turut menerima Kawalan Suspensi Skyhook Ducati (DSS) dengan fungsi anti pelarasan.
8. Model Multistrada V4 baharu ditawarkan dengan pilihan roda lidi atau aloi bersama pakej spesifikasi pesanan dari kilang iaitu Essential, Travel, Radar, Performance dan Full. Multistrada V4 S Sport didatangkan dengan grafik khas dalam spesifikasi prestasi dengan ekzos Akrapovic dan fender depan karbon.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar