Antarabangsa

Ducati Panigale 959, Kustom Buang Komponen Selagi Boleh!

Erywan
28/10/2020
04:13 MYT
Sponsor Banner
Ducati Panigale 959, Kustom Buang Komponen Selagi Boleh!
Selalu ada ruang untuk penambahbaikan dan sentuhan kustom bagi sebuah superbike yang berkuasa serta ringan. Ini yang dilakukan oleh Jett Design pada jentera Ducati Panigale 959.
Ducati Panigale 959 dilancarkan pada 2016 menggantikan 899 Panigale. Superbike itu dilengkapi dengan enjin Ducati SuperquadroIt penyejukan cecair 90° V-twin yang menghasilkan kuasa 157hp.
Enjin itu memiliki empat injap setiap silinder dan menggunakan sistem Desmodromic Ducati. Sistem berkenaan yang menghasilkan bunyi tipikal Ducati.
Walaupun berkuasa 157hp, Jett Design Garage merasakan superbike itu memerlukan kuasa lebih tinggi, jadi mereka mula melakukan proses ubah suai Ducati Panigale 959 itu.
Lelaki yang menjayakan projek berkenaan ialah Andrew Jett dari Jett Design. Misi Andrew ialah menanggalkan sebahagian komponen motosikal untuk menjadikannya lebih ringan dan berkuasa.
Ducati 959 Panigale (2017) itu adalah motosikal peribadi Andrew dan selepas setahun menggunakannya Andrew memakir jentera itu di bengkel selama dua tahun.
Dalam tempoh terbabit Andrew memikirkan rekaan kustom dan padanan setiap komponen supaya berjalan lancar. Lagipun jentera itu menampilkan rekaan industrial yang mendedahkan pergerakan komponen mekanikal yang selalunya ditutupi oleh pengeluar.
Proses kustom itu bermula dengan separuh fairing depan yang direka untuk menutupi tolok kluster elektronik dan pendawaian depan. Fairing depan disokong dengan aluminium dan gentian karbon untuk mendapatkan berat lebih ringan. Selepas itu Andrew memasang lampu depan lumba LED.
Bahagian ECU dan elektronik dilindungi dengan sayap sisi kustom bagi meningkatkan rekaan ramping motor. Ducati 959 Panigale kemudian disembur dengan cat hasil adunan Kevin Petitt dari Petittbilt Custom Paint Work.
Belakang superbike itu dilengkapi dengan subfrem ringan Jett Design, sokongan radiator direka semula supaya lebih ringan dan tersembunyi. Sistem ekzos dikustom oleh Werkes USA bersama muffler kustom.
Penggunaan semua komponen dibawah membantu Ducati 959 Panigale mendapat berat lebih ringan iaitu 160kg berbanding 176kg. Kuasa juga ditingkatkan dari 157hp ke 165hp.
Ini komponen lain yang diubah suai membabitkan:
  • Rim edisi terhad magnesium Marchesini Racing
  • Fairing depan bespoke Jett Design
  • Sayap tepi bespoke Jett Design
  • Braket lampu depan Jett Design
  • Sokongan radiator Jett Design
  • Subfrem belakang ringan Jett Design
  • Pelana kustom Jett Design
  • Ekzos Werkes USA
  • Suspensi depan/belakang Full Mupo
  • Bilet Aluminium Jett Design
  • Fairing depan gentian karbon dan aluminium Jett Design
  • Master Brek RCS 19 Brembo
  • Lampu depan/belakang LED
  • Damper stereng pelarasan penuh Bitubo
  • Kit sproket Superlite
  • Klac Slipper F.C.C
  • Penutup minyak istimewa Ducati
  • Penapis udara lumba K&N
  • Bateri lumba litium
  • Talaan ECU oleh Duc Pond Motorsports
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar