Tempatan
Ducati Perkenalkan Edisi Istimewa Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”
Sempena menyambut ulang tahun ke-20 kemenangan pertama Troy Baliss dalam WSBK, Ducati memperkenalkan satu model istimewa iaitu Ducati Panigale V2 “Bayliss 1st Championship 20th Anniversary”.
Agak panjang namanya bukan! Nama itu diambil sempena Bayliss menjuarai WSBK dengan Ducati pada tahun 2001yang dimenangi menggunakan enjin v-twin Ducati Corse.
Namun model istimewa itu dijual pada harga 20,990 euro (RM104,438) di Itali dan jika Masuk ke Malaysia, ia lebih mahal.
Jadi yang istimewanya dengan model ini dan kami perincian kepada beberapa bahagian:
- Bentuk luaran - Penampilannya adalah sama dengan jentera lumba 996R Bayliss pada tahun 2001. Ia menggunakan liveri itu dengan diletak nombor 21 pada tepi fairing kiri dan kanan, tandatangan pada tangki serta didatangkan nombor keluaran.
- Kawalan - Jentera itu menggunakan suspensi Ohlins NX30 pada fork, manakala monoshock TTX36, selain mempunyai damper yang boleh dilaras pada hendal.
- Lebih ringan 3kg - Bagi mengurangkan beratnya, ia menggunakan bateri lithium ion serta tempat duduk tunggal.
Dari segi prestasinya pula, ia menggunakan enjin Superquadro V2 yang menyalurkan 155hp pada 10,750rpm dengan tork setinggi 104Nm pada 9,000rpm.
Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri lain membabitkan ABS, Wheelie Control, Traction Control, Quick Shift Up/Down dan Engine Brake Control.