Antarabangsa

Ducati Umum Panigale V4SP Fokus Untuk Penggunaan Di Litar

Erywan
23/11/2020
05:51 MYT
Sponsor Banner
Ducati Umum Panigale V4SP Fokus Untuk Penggunaan Di Litar
Ducati mengemaskini barisan Panigale V4 untuk model 2021 termasuklah model SP (Sport Production) yang memfokuskan kepada penggunaan litar. Kemas kini yang dijalankan membolehkan jentera itu ideal untuk tunggangan di litar dan warna seragam badan baharu diambil dari pasukan lumba Ducati.
Panigale V4 SP didatangkan dengan kemasan hitam kusam bersama gabungan merah terang dan tangki minyak semburan aluminium seperti homologasi istimewa V4R. Model khas untuk kegunaan litar itu ditawarkan dengan kit lumba termasuklah Ducati Data Analyzer bersama modul GPS, tiada cermin sisi dan penyangkut nombor plat serta pemijak kaki Rizoma boleh laras penuh
Varian SP itu menggunakan brek kaliper Brembo Stylema R dipadankan bersama silinder utama MCS lengkap. Lebih menarik, ia dipadankan klac kering SDM meningkatkan prestasi trek ketika menurunkan gear secara agresif.
Brek dan klac serta rantai nipis 520 diambil dari jenama eksklusif Superleggera V4 dan rim gentian karbon yang menyumbang kepada pengurangan berat badan 1.4kg.
Semua barisan Panigale V4 2021 sudah melalui naik taraf elektronik yang mengasingkan mod tunggangan Race kepada Race A dan Race B. Model Panigale V4 kini juga mematuhi regulasi Euro5 dan Panigale V4 dan V4 S akan mula berada di pusat jualan bermula Disember ini manakala Panigale V4 SP bermula Mac 2021.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar