Watch

Enjin Mivec standard pun dah cukup mantap

Public Anonymous User
23/10/2018
06:36 MYT
Sponsor Banner
Enjin Mivec standard pun dah cukup mantap
Jika lihat pada Proton Satria Neo ini, mungkin ada yang tertanya-tanya apakah membuatkannya istimewa untuk dipaparkan dalam ruangan modifikasi kali ini.
Lihat saja pada luarannya, ia sebenarnya tampak sebuah jentera yang standard, tetapi menyimpan rahsia tentang modifikasinya.
Apa yang kami maksudkan standard, cara ubah suai luarannya tidak terlalu ekstrem kerana masih menerapkan bentuk asal Proton Satria Neo.
Cuma ia kelihatan sedikit garang selepas dihiasi rim Wedsport TC05 bersaiz 15 inci, selain suspensi direndahkan berbanding biasa.
Malah, kehadiran bonet gentian karbon hitam juga membuatkan ia nampak berbeza, selain dicat warna yang jarang dilihat pada kenderaan lain.
Sebaik memasuki ruang kabin, apa yang membuatkannya lebih menarik adalah kerusi Recaro SR3 Tomcat.
Kerusi itu boleh dikatakan sukar untuk ditemui sekali gus, menjadi tempat duduk yang diidamkan oleh setiap individu yang meminati sukan permotoran,
Bahagian lain masih lagi menggunakan komponen asal, tetapi selepas melihat pada papan pemuka barulah rahsia jentera itu terbongkar.
Jika dilihat pada papan pemuka, ia diambil dari model Mitsubishi yang mana enjinnya sudah pasti ditukar bagi memudahkan proses pendawaian.
Selepas membuka bonet hadapan, ia menggunakan enjin Mitsubishi Mivec Rs dengan kod CJ4A.
Enjinnya boleh dikatakan menjalani modifikasi standard kerana tidak menjalani ubah suai secara ekstrem seperti dalam artikel drebar.my sebelum ini.
Bagaimanapun, kuasanya dipertingkatkan sistem ekzos dengan menggunakan saluran paip 2.3 inci bagi meningkatkan kuasanya.
Yang menarik perhatian kami, ruang enjin itu memang bersih biarpun tiada komponen lain yang digunakan, cuma kelihatan penapis udara menggunakan produk berprestasi.
Biarpun nampak biasa, pemiliknya sudah mengeluarkan kos hampir RM20,000 untuk mengubahsuai Proton Satria Neo keluaran 2006 itu. Masa yang diambil untuk modifikasi pula hanya sebulan.
Ia boleh dikatakan satu-satu modifikasi standard yang cukup menarik untuk dikongsikan dengan pembaca drebar.my.
Jika anda mempunyai kenderaan modifikasi dan mahu berkongsi kepada pembaca drebar.my. Anda boleh menghantar pesanan melalui facebook drebar.my untuk berhubung dengan kami.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar